Mengenal Sedikit Tentang Syaikh Muhammad Ali Bin Hussin Bin Ibrahim Al-Maliki Al-Makki

0

Mengenal Sedikit Tentang Syaikh Muhammad Ali Bin Hussin Bin Ibrahim Al-Maliki Al-Makki. Beliau adalah Syaikhul Masyaikh pada zamannya. Beliau juga merupakan ketua para guru di Madrasah Darul ‘Ulum, Makkah. Murid beliau,”Musnid Ad-Dunya” Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani mengatakan bahwa beliau adalah sibawaih pada zamannya.

Lahir pada bulan Ramadhan, 1287H di Makkah al-Mukarramah. Ayah beliau adalah merupakan mufti mazhab Maliki di Makkah pada zamannya, dan beliau wafat pada tahun 1292H ketika Syeikh Muhammad ‘Ali berusia 5 tahun. Kemudian beliau dipelihara oleh abang beliau Syeikh Muhammad bin Hussin al-Maliki, juga seorang mufti mazhab Maliki di Makkah. Abangnya wafat pada 1310H.

Guru-guru beliau, antaranya: Syeikh Muhammad bin Hussin al-Maliki (w 1310H), Syeikh Muhammad ‘Abid bin Hussin al-Maliki (abang beliau, wafat 1341H), al-‘Allamah as-Sayyid Abu Bakar bin Muhammad Syatha (yang masyhur dengan panggilan Sayyid Bakri Syatha, wafat 1310H), Syeikh ‘Abdul Haq (1323H), al-‘Allamah as-Sayyid Ahmad bin ‘Abdullah az-Zawawi al-Maliki al-Makki (w 1316H), al-‘Allamah asy-Syeikh ‘Ali bin Dzahir al-Witri (w 1322H), al-‘Allamah asy-Syeikh ‘Abdul Jalil Baradah (w 1327H), al-‘Allamah asy-Syeikh Faalih bin Muhammad az-Dzahiri al-Madani (1328H), al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad Sa’id BaBashil (w 1330H), al-‘Allamah as-Sayyid Hussin bin Muhammad al-Habsyi al-Makki (w 1330H, abang dari al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi, shohib maulid Simtud Durar), al-‘Allamah asy-Syeikh ‘Abdullah bin Saufan bin ‘Udah al-Qudumi an-Nabalusi al-Hanbali tsumma al-Madani (w 1331H), al-‘Allamah as-Sayyid ‘Umar bin Muhammad Syatha al-Makki (w 1331H), al-‘Allamah as-Sayyid Ahmad bin Ismail al-Barzanji al-Madani (w 1335), al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki (w 1335H), al-‘Allamah as-Sayyid Muhammad bin Salim as-Sirri at-Tarimi (w 1345H), al-‘Allamah asy-Syeikh Syu’aib bin ‘Abdurrahman as-Siddiqi 9w 1356H), al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad ‘Abdul Baqi al-Laknawi tsumma al-Madani (w 1364H), al-‘Allamah as-Sayyid Muhammad ‘Abdul Hay al-Kattani al-Maliki (w 1382H), al-‘Allamah asy-Syeikh ‘Abdul Ghani bin Shabah al-Bimawi al-Indunisi dan lain-lain.

Murid-murid beliau, antaranya: Syeikh Ahmad bin ‘Abdullah Nasir, Naib Qadhi Makkah; Syeikh Hussin bin ‘Abdul Ghani; Syeikh Yahya Aman, Nabi Qadhi Makkah; al-‘Allamah Syeikh Hasan bin Muhammad al-Masyath, Naib Qadhi Makkah; al-‘Allamah Sayyid Abu Bakar bin Ahmad al-Habsyi, Naib Qadhi Makkah; al-‘Allamah Sayyid Muhsin bin ‘Ali al-Musawa, Pengasas Darul Ulum ad-Diniyyah, Makkah; al-‘Allamah Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas al-Maliki, Guru di Masjidilharam; al-‘Allamah Sayyid Amin al-Kutbi, Guru di Masjidilharam; al-‘Allamah Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi, Syeikhul Islam Selangor; al-‘Allamah Syeikh Zubir Ahmad, Mudir Madrasah Idrisyyah, Perak; Syeikh Ahmad Muhammad Mansur; Syeikh Sholeh bin Idris al-Kalantani; Syeikh Ibrahim al-Fathani; al-‘Allamah Syeikh ‘Abdur Qadir bin ‘Abdul Mutthalib al-Mandili; al-‘Allamah Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Ahmad Wan Besar.

Qadhi Besar Kedah (beliau pernah menjadi khadam kepada Syeikh ‘Ali al-Maliki selama 7 tahun sebagaimana dikhabarkan kepada al-fagir oleh al-Marhun Syeikh Zakaria bin Ahmad Wan Besar, dan beliau juga adalah ayahanda kepada Dato Wan Ahmad, Mantan Pengarah JAKIM), al-‘Allamah al-Musnid Syeikh Muhammad Yasin bin ‘Isa al-Fadani dan lain-lain

Wallahu A’lam

 

 

Share.

Leave A Reply