Jangan Salah Menilai Seseorang, Karena Kita Hanya Melihat Dzohirnya

0

Jangan Salah Menilai Seseorang, Karena Kita Hanya Melihat Dzohirnya. Syetan tidak hanya bersemayam di dalam badan orang-orang yang melakukan maksiat saja, namun syetan juga bersemayam di dalam badan-badan yang berwudhu dan bersujud. Oleh karena itu, waspadalah terhadap segala tipu daya syetan baik yang kasar maupun yang lembut.

Habib Ali Zainal Abidin mengatakan: Jangan menilai seseorang itu dari sudut zahirnya sahaja. Mungkin kita nampak seseorang itu ahli maksiat, pendosa kita dan sebagainya tapi siapa kita nak menilai baik dan buruk seseorang itu kerana siapa tahu orang yang kita nampak dia jahat, dia bermaksiat dan melakukan dosa sekarang mungkin suatu hari akan berubah menjadi orang yang paling dicintai oleh allah ta’ala

Yang patut kita kena selalu risaukan adalah diri kita ini, hati kita ini. Jangan rasa diri kita ini dah baik, dah soleh dah dah selamat dah. Apatah lagi sampai ada terdetik di dalam hati “aku ini lagi bagus dari si fulan itu” dan merendah-rendahkan dan memandang hina terhadap orang lain

Yang walaupun kita memang sekarang alhamdullilah buat taat, tak melakukan maksiat tapi ada suatu perkara yang perlu yang sentiasa, sentiasa dan sentiasa kita kena selalu check dan pastikan ianya dalam keadaan baik, tidak ada problem dan tidak berpenyakit iaitu hati kita ini

Zahir itu tempat pandangannya makhluk sedangkan hati itu adalah tempat pandangannya allah ta’ala. Selalulah kita menjaga hati kita. Bersihkan hati kita ini dengan kita menghadiri majlis ilmu dan mendekatkan diri dengan para ulama

Suatu hari di zaman nabi Muhammad SAW ada seorang pemuda yang mana orang lain melihat orang ini adalah seorang yang istiqomah atau nampak dari zahirnya adalah seorang yang ahli ibadah sehingga digambarkan janggutnya tak pernah kering dari air sembahyang yakni sentiasa berada dalam keadaan wudhuk.

Banyak dalam ibadah sentiasa berwudhuk dan sentiasa solat. Kata nabi, ” yang mana satu orang itu?” tak lama kemudian orang itu pun masuk. Lalu kata para sahabat “ini yang kami ceritakan pada engkau wahai ya rasulullah”. Kata baginda Rasulullah “saya nampak kesan tamparan syaitan pada muka orang ini.”

Orang yang dinampak oleh orang lain dipuji ibadahnya nampak secara fizikal tetapi masalah kepada apa yang di dalam ibadahnya kerana rohnya yang tidak wujud. Sampainya orang itu kepada nabi Muhammad. Lalu nabi Muhammad bertanya “adakah kamu bercakap ketika kamu masuk ke dalam masjid atau majlis tadi yang kamu berkata dalam diri kamu yang kamu adalah orang yang paling baik daripada semua yang berada di dalam majlis ini?” lalu dia berkata, “ya”.

Maka berasa di dalam hatinya ini bahawasanya dirinya ini adalah yang paling baik dan berasa tersanjung dengan ibadah yang dibuat. Nabi Muhammad SAW berkata “aku nampak kesan tamparan syaitan pada muka kamu.”

Apa maksud kesan tamparan syaitan?” nabi Muhammad SAW mengingatkan kepada peristiwa asal yang berlaku pada syaitan yang bangga dengan ibadahnya. Ketika disuruh sujud. Syaitan memberitahu “saya lebih baik dari adam.” melihat diri lebih baik daripada orang lain adalah kesan negatif yang tak sepatutnya wujud kepada orang yang beribadah kepada Allah SWT

Apa yang berlaku kepada orang ini setelah ditegur oleh nabi muhammad? Dia bangun dari majlis nabi dengan tidak menginsafi setelah ditegur oleh baginda Rasulullah sepertimana syaitan yang tidak menginsafi setelah ditegur oleh Allah SWT

KESIMPULAN

  1. Selalulah kita mencela diri kita ini agar kita tidak merasakan diri kita ini adalah orang yang lebih baik daripada orang lain

2, Mungkin kita selalu nampak orang lain buat salah buat maksiat dan sebagainya tapi sebaiknya kita mendoakan kepada mereka bukannya memandang rendah kepada mereka .kita doakan supaya allah mengampunkan dosa dan kesalahan mereka dan juga diri kita ini serta kita doakan juga semoga allah ta’ala memberikan hidayah kepada diri mereka dan juga kepada diri kita

  1. Selalulah kita menangis mengingati segala dosa-dosa dan kemaksiatan yang pernah kita kerjakan dahulu walaupun kita dah bertaubat tidak melakukannya lagi tapi selalulah kita sentiasa mengingati segala kelemahan, kekurangan, kemaksiatan dan kesalahan kita kepada allah ta’ala
  2. Supaya kita tidak ada masa nak sibuk melihat kelemahan dan keaiban orang lain tetapi lihatlah kelemahan dan keaiban diri kita sendiri
  3. Jagalah hati kita ini baik-baik. Di dalam kita beribadah, beramal soleh jangan sesekali kita lupa untuk terus istiqomah menghadiri majlis-majlis ilmu dan duduk bersama para auliya allah, para ulama dan orang-orang soleh dikeranakan duduknya kita bersama dengan mereka pasti akan dapat membersihkan hati kita ini
  4. Selalulah kita sentiasa memperbetulkan niat-niat kita tatkala kita menghadiri majlis ilmu dan melakukan amal kebaikan
  5. Semoga kita menjadi orang-orang yang suka mendengar kata-kata nasihat para ulama, mendapatkan ilmu daripada para ulama, duduk di dalam majlisnya para ulama dan mengamalkan apa yang kita dengarkan yang kita perolehi daripada ilmu yang disampaikan
  6. Seterusnya kita menyampaikan kepada yang lainnya dengan harapan mudah-mudahan kita menjadi orang-orang yang menjadi asbab kebaikan dan turunnya hidayah daripada allah ta’ala kepada masyarakat sekeliling kita

Wallahu A’lam

Share.

Leave A Reply